13 ADUN PH + Muda Johor pantau portfolio Exco Johor

13 ADUN PH + Muda Johor pantau portfolio Exco Johor

BARISAN wakil rakyat PH dan Muda yang mengangkat sumpah jawatan sebagai ADUN Johor pada Mesyuarat Pertama Sidang DUN bagi penggal ke-15 di Kota Iskandar, semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Blok pembangkang di negeri ini menugaskan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terdiri daripada wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk membayangi setiap portfolio barisan Exco kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Liew Chin Tong berkata, penugasan itu untuk mempertingkat keberkesanan ADUN PH dan Muda serta memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan negeri.

Katanya, barisan jurucakap itu menunjukkan kesediaan gabungan pembangkang untuk menawarkan alternatif lebih berkesan dan inklusif kepada rakyat di negeri ini.

“PH dan Muda komited memperjuang hak dan kesejahteraan Bangsa Johor tanpa mengambil kira kaum, agama dan latar belakang politik. Kesemua 13 ADUN ditugaskan menjadi jurucakap membayangi portfolio barisan Exco kerajaan negeri Johor.

“Ini menunjukkan kesediaan pembangkang untuk menawarkan alternatif yang lebih berkesan dan inklusif kepada Bangsa Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya