Zuraida 'kunci mulut' isu lompat parti - Utusan Malaysia

Zuraida ‘kunci mulut’ isu lompat parti

ZURAIDA Kamarudin (tengah) dalam sidang akhbar Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ladang Koko Pintar di Bukit Gangis, Setul, Seremban hari ini. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin memilih untuk ‘mengunci mulut’ berhubung dakwaan beliau akan keluar dari parti itu bulan depan.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberikan reaksi tersebut ketika diminta mengulas dakwaan tersebut yang dilaporkan oleh sebuah portal berita baru-baru ini.

“Itu dia cakap (portal). Saya tak tahu,” katanya ringkas kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ladang Koko Pintar di Bukit Gangis, Setul di sini hari ini.

Beliau yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebelum itu dilihat cuba mengelak menjawab soalan berkaitan politik dan memberitahu majlis diadakan berkaitan koko.

Ketika ditanya oleh pihak media, kenapa beliau memilih untuk tidak memberi sebarang komen berkenaan dengan isu itu, beliau hanya memberitahu mahu terus diam.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, Zuraida disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp MPT Bersatu yang diaggotai lebih 30 ahli termasuk Presiden parti ekoran kontroversi yang melanda pemimpin tersebut.

Malah terdapat juga dakwaan, Zuraida bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara dua Ahli MPT Bersatu yang disebut-sebut bakal menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Memetik laporan sebuah portal berita sebelum ini, Zuraida dijangka keluar dari Bersatu pada April depan dan menyertai PBM sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya