Zul Ariffin bakal disiasat - Utusan Malaysia

Zul Ariffin bakal disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa akan melakukan siasatan terhadap pelakon, Zul Ariffin yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi menerusi kandungan tidak senonoh berbentuk seksual yang dikongsikannya di laman sosial baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di akaun Twitter miliknya hari ini.

Menurut Annuar, pelakon filem Penunggang Agama itu bakal disiasat di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik kandungan di Youtube yang menyalahi undang-undang.

“Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain.

“Jagalah nilai dan budaya,” tulisnya.

Di bawah undang-undang tersebut, mana-mana pihak yang didapati bersalah memuat naik, menyebar mahupun berkongsi sebarang kandungan berunsur jelik dan lucah di Internet boleh dipenjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Zul dan pelakon baru, Siti Hariesa menerima kecaman hebat netizen selepas video yang memaparkan aksi lucah melibatkan kedua-dua pelakon tersebut tular di media sosial.

Turut menerima kecaman adalah pengarah drama Perempuan Itu, Ain Shariff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya