Wifi, internet guna teknologi TVWS diperkenal

Wifi, internet guna teknologi TVWS diperkenal

NORAINI Ahmad melancarkan projek wifi dan internet percuma TVWS yang pertama di Malaysia dengan projek perintis di Taman Industri Seri Sulong di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Kerajaan memperkenalkan projek wifi dan internet percuma yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi Television White Space (TVWS).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pemasangan wifi percuma itu merupakan teknologi dibangunkan UiTM Holdings dan rakan strategiknya bagi memberikan manfaat kepada para mahasiswa termasuk penduduk di kawasan luar bandar.

“Teknologi TVWS ini menggunakan gelombang televisyen tersedia UHF dan UVF yang tidak digunakan oleh syarikat penyiaran untuk dimanfaatkan sebagai infrastruktur internet berkelajuan tinggi.

“Dengan penawaran wifi dan internet percuma menggunakan teknologi TVWS di lokaliti-lokaliti terpilih, kebergantungan pelan Jaringan Digital Negara (Jendela) dapat dilaksanakan lebih pantas hasil inisiatif universiti awam di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya pada majlis pelancaran di sini hari ini.

Terdahulu, kawasan Taman Industri Seri Sulong di Parit Sulong terpilih sebagai lokasi pertama projek TVWS berkenaan.

Menurut Noraini, penghasilan projek berkenaan dapat membantu kumpulan pelajar serta penduduk di kawasan luar bandar menggunakan internet berkelajuan tinggi bagi aktiviti harian seperti PdPR, perniagaan dan juga perkembangan Internet-of-Things (IoT).

Katanya, inisiatif seumpama itu membuka peluang kepada komuniti sekitar untuk memanfaatkan capaian internet luar bandar melalui frekuensi TVWS dalam merencana dan merangka program-program bersesuaian tanpa melibatkan kos besar berbanding infrastruktur internet lain.

“Hakikatnya, pembangunan sistem rangkaian komunikasi internet memerlukan kos serta komitmen yang tinggi. Namun, azam untuk membekalkan kemudahan ICT yang terbaik bagi semua lapisan masyarakat di bandar dan juga di luar bandar, mengatasi perkara ini.

“Justeru, KPT bekerjasama secara strategik dengan badan-badan korporat dan anak-anak syarikat universiti awam seperti UiTM Holdings bagi menyediakan platform digital serta rangkaian internet percuma, khusus untuk penduduk Parit Sulong dan kawasan sekitar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya