Warisan bukan PH patut ubah barisan kepimpinan

Warisan bukan PH patut ubah barisan kepimpinan

DARELL LEIKING dan AZIS JAMMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebelum menegur Pakatan Harapan (PH) untuk mengubah kepimpinan, Parti Warisan (Warisan) yang perlu melakukan perubahan kepimpinan jika tidak ingin terus kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin berkata, selepas cubaan memasuki gelanggang politik Semenanjung Malaysia menemui kegagalan maka, sudah tiba masa untuk Warisan mengubah barisan kepimpinannya.


RAZEEF-RAKIMIN

“Saya berpandangan sudah tiba masanya parti Warisan melakukan perubahan kepimpinan jika tidak ingin kehilangan wang deposit pada pilihan raya akan datang.

“Terdapat beberapa pimpinan Warisan yang dilihat mampu membawa perubahan lebih baik kepada parti itu seperti Darell Leiking dan Mohd. Azis Jamman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Razeef berkata, beliau mengambil maklum teguran Mohd Shafie terhadap kegagalan PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun, daripada mencampuri urusan PH, lebih baik beliau fokus kepada parti sendiri.

Mengulas lanjut katanya, Warisan ditolak oleh rakyat semasa PRN Sabah pada 2020. Tidak cukup dengan itu, beberapa wakil rakyat serta pimpinan Warisan juga bertindak meninggalkan parti selepas melihat Mohd. Shafie mula fokus di Semenanjung untuk mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Melihat keadaan Warisan yang dilihat semakin karam dan keghairahan parti itu melebarkan sayap parti ke Semenanjung dan bertanding pada PRN Johor mengakibatkan mereka kalah dan kehilangan deposit bagi semua kerusi yang ditandingi,” katanya.

Jelas beliau, kritikan Mohd. Shafie mengenai Perjanjian Persefahaman (MoU) antara PH dan kerajaan persekutuan akan melemahkan PH juga sesuatu yang sangat dangkal kerana sehingga kini, PH masih lantang menegur dan mengkritik kerajaan di Dewan Rakyat.

Semalam, Mohd. Shafie menyatakan keputusan PRN Johor menunjukkan rakyat mahukan perubahan dalam kepimpinan PH.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya