PETALING JAYA: Kerajaan telah mengambil langkah tepat menolak tuntutan waris kesultanan Sulu yang dibuat di Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis kerana penuntut tersebut bukan entiti yang diiktiraf. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pensyarah Perhubungan Antarabangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata, tuntutan pampasan bernilai RM62.59 bilion (AS$14.92 bilion) itu tidak perlu dilayan kerana ia bukan berbentuk tuntutan diplomatik antara Malaysia dan Filipina. “Mengapa perlu kita respons atau mengambil tindakan lanjut kerana mereka itu bukanlah entiti yang diiktiraf dan mereka bukan mewakili kerajaan Filipina. “Kita juga tidak dimaklumkan mengenai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya