Warga emas tunggang motosikal maut bertembung lori

Warga emas tunggang motosikal maut bertembung lori

KEADAAN mayat Saleh Bakar yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di simpang empat Kampung Kuala Sungkup, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di simpang empat Kampung Kuala Sungkup, Bukit Selambau, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.55 pagi itu, mangsa, Saleh Bakar, 70, yang berasal dari Kampung Bukit Topang, Bukit Selambau maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan muka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abd. Rahman berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 43 itu dipandu dari arah Kuala Sin menghala ke Teloi manakala motosikal mangsa datang dari arah Kampung Kuala Sungkup menghala ke Bukit Selambau.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian lori yang sedang bergerak di jalan utama tidak sempat mengelak dan terlanggar motosikal mangsa yang secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan muka serta meninggal di tempat kejadian manakala pemandu lori terbabit tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk ujian saringan Covid-19 sebelum dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya