Warga emas lemas dalam kolam ikan di kebun sendiri 

Warga emas lemas dalam kolam ikan di kebun sendiri 

ANGGOTA bomba mengangkat mayat warga emas yang lemas dalam kolam ikan di kebun miliknya di Jalan Kelompang, Kampung Kenawar, Pogoh, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang warga emas ditemukan lemas dalam kolam ikan di kebun miliknya di Jalan Kelompang, Kampung Kenawar, Pogoh, di sini pagi tadi. 

Mangsa, Liaw Guan @ Liew Kuan Yik, 73, pada awalnya dilaporkan hilang oleh ahli keluarga setelah lebih dua jam mereka tidak dapat menghubunginya.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PkPB) Mazuki Ismail berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan mangsa lemas pada pukul 10.57 pagi tadi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan dengan bantuan penduduk kampung di lokasi terakhir mangsa dilaporkan tergelincir. Mangsa kemudian ditemui di dasar kolam pada pukul 11.20 pagi,” katanya di sini hari ini. 

Mazuki berkata, warga emas itu disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Katanya, tiga jentera dengan kekuatan keseluruhan seramai 11 anggota dihantar ke tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Bahrin Mohd. Noh ketika dihubungi mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya untuk dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya