Wanita tiada lesen panik, pecut laju langgar papan tanda

Wanita tiada lesen panik, pecut laju langgar papan tanda

TANGKAP layar video tular di media sosial Tiktok semalam yang memaparkan seorang wanita yang ditahan polis selepas cuba melarikan diri dalam kejadian di Taman Ampangan, Seremban, awal pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita yang panik melihat kehadiran Unit Kereta Peronda (MPV) polis bertindak memecut laju sebelum melanggar papan tanda jalan raya dalam kejadian di Taman Ampangan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pemeriksaan mendapati wanita berusia 26 tahun itu bertindak demikian kerana tiada lesen memandu kelas D.

“Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi itu, anggota MPV bertugas dari kawasan Paroi semasa membuat rondaan telah nampak sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki suspek telah berhenti dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa hendak membuat pemeriksaan, dengan tiba-tiba kenderaan tersebut memecut laju ke arah Jalan Seremban-Kuala Pilah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, seterusnya MPV bertugas telah mengekori kenderaan tersebut dan secara tiba-tiba suspek telah memperlahankan kenderaan dan memandu kenderaan secara mengundur ke belakang lalu melanggar papan tanda jalan raya sebelum masuk ke dalam parit. 

“MPV bertugas telah memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan membuat pemeriksaan dan mendapati kenderaan tersebut dipandu oleh seseorang perempuan berusia 26 tahun yang tiada lesen memandu kelas D.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan mendapati tiada apa-apa barang yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, tindakan mengeluarkan saman atas kesalahan tiada lesen memandu kelas D dan dokumentasi telah dilakukan ke atas suspek.

Jelas Nanda, susulan kejadian itu turut tular sebuah video berdurasi 54 saat di media sosial Tiktok semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya