Wanita mohon cari keluarga ibu dua anak angkatnya

Wanita mohon cari keluarga ibu dua anak angkatnya

DINDA Nur Aisyah Rahmadani (kanan) dan Dinda Nur Syafilla yang kini dijaga Hairunniza Aini sejak setahun lalu sebagai anak angkat di Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang wanita memohon bantuan orang ramai untuk mencari keluarga ibu kepada dua orang anak angkatnya yang tidak dapat dikesan selepas kematian wanita itu, sebelum ini.

Hairunniza Aini, 39, berkata, dua beradik tersebut iaitu Dinda Nur Aisyah Rahmadani, 12, dan adiknya, Dinda Nur Syafilla, 9, telah dijaga olehnya sebagai anak angkat sejak tahun lalu setelah diserahkan oleh nenek mereka.

“Saya kenal dua beradik ini sudah lama kerana ibunya yang merupakan warga Indonesia adalah kawan lama ketika kami bekerja kilang dahulu. Kami amat rapat dan kadang kala saya ambil bawa pulang ke rumah selama dua tiga hari sebelum pulangkan kepada neneknya semula.

“Memandangkan mereka tiada ibu jadi saya sudah anggap mereka macam anak sendiri, namun dalam masa sama saya tak sampai hati nak pisahkan mereka dengan neneknya,” katanya di sini hari ini.

Mengimbas semula, Hairunniza berkata, Dinda Nur Aisyah pernah jatuh sakit dan mengalami demam yang teruk sebelum dia membantu membawa ke hospital kerajaan kerana neneknya kekurangan wang untuk menghantar cucunya ke hospital swasta.

“Ketika itu saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Kota Tinggi dan membantu membayarkan kos untuk daftar masuk kerana keluarga tersebut kekurangan duit ketika itu. Keadaan dia terlalu kritikal masa itu lalu dihantar ke Hospital Sultan Ismail.

“Selepas mendapati latar belakang kanak-kanak itu, doktor cadangkan kepada neneknya untuk mencari keluarga angkat dan neneknya meminta saya menjadi keluarga angkat kepada mereka.

“Mereka juga sudah terbiasa dengan saya dan kebetulan saya juga tiada anak jadi saya berbincang dengan suami yang bersetuju mahu menjaga mereka sebagai anak angkat,” katanya. 

Katanya, dia kini memerlukan bantuan daripada keluarga ibu kandung kepada dua beradik itu bagi membantu urusan dokumentasi selain memerlukan kehadiran mereka di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyelesaikan urusan berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya