Wanita buat laporan palsu disamun, dirogol akan dituduh - Utusan Malaysia

Wanita buat laporan palsu disamun, dirogol akan dituduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita membuat laporan palsu kononnya disamun dan dirogol secara bergilir lima lelaki  Afrika mengundang padah apabila dia bakal dihadapkan ke mahkamah akibat penipuannya itu.

Perbuatan wanita warga asing berusia 20 tahun itu terbongkar selepas siasatan dijalankan pegawai penyiasat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, wanita itu pada mulanya membuat laporan polis pada 7.30 petang pada Februari lalu.

Menurut beliau, dia mendakwa disamun dan dirogol semasa berada di tepi jalan SP5/4 Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan.

“Lima lelaki warga Afrika dikatakan mengambil barang milik pengadu dan merogolnya secara bergilir-gilir.

“Atas maklumat kejadian itu, polis menjalankan siasatan tetapi hasil laporan doktor perubatan menunjukkan tiada kesan rogol terhadap pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Anbalagan berkata, pengadu turut dibawa ke lokasi dan dia gagal menunjukkan tempat dan bagaimana kejadian berlaku selain tidak dapat mengecam wajah kesemua suspek yang dikatakan terbabit.

“Siasatan lanjut dilakukan mendapati terdapat keraguan terhadap laporan polis yang dibuat.

“Pada peringkat awal siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Namun selepas kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya (TPR), pengadu akan didakwa mengikut Seksyen 182 kanun sama kerana membuat laporan palsu,” katanya.

Jelasnya, wanita itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, esok.

Tambah beliu, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu membuat laporan palsu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya