Wakil rakyat BN tandatangan SD sokong Hasni jadi MB - Utusan Malaysia

Wakil rakyat BN tandatangan SD sokong Hasni jadi MB

GAMBAR Hasni Mohammad yang disertakan tanda pagar #HasniForMB kini menjadi bualan di laman-laman sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) dipercayai telah mengumpul tanda tangan akuan bersumpah (SD) bagi menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad untuk menjawat jawatan Menteri Besar Johor.

Menurut sumber dalaman UMNO, akuan bersumpah itu dikumpulkan bermula semalam dan telah diserah kepada Istana Johor untuk pertimbangan ekoran kemelut pemilihan Menteri Besar Johor.

“Harapnya dengan SD ini, kita dapat tunjukkan bahawa Hasni mempunyai sokongan daripada wakil-wakil rakyat untuk menggalas tugas selaku Menteri Besar Johor,” katanya.

Isu timbul selepas khabar angin bertiup bahawa bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi dikatakan akan menjawat jawatan berkenaan, dan bukan Hasni.

Terdahulu, veteren UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan perkara itu sebagai satu pengkhianatan kepada mandat yang mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Hal ini kerana sepanjang tempoh kempen PRN Johor, perikatan itu telah mempromosi Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sebagai calon Menteri Besar selain turut diangkat sebagai ‘poster boy’ BN.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO pusat, Noor Azleen Ambros memberitahu individu yang bakal diberi tanggungjawab memikul jawatan Menteri Besar negeri ini haruslah bukan merupakan proksi kepada mana-mana pihak.

“Perkara itu penting khususnya bagi Johor agar mempunyai seorang pengemudi yang mendapat sokongan parti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya