Vape boleh berperanan mengawal penggunaan tembakau

Vape boleh berperanan mengawal penggunaan tembakau

vape
CECAIR atau gel nikotin berpotensi mendatangkan hasil kepada kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rokok elektronik atau vape mampu memainkan peranan yang sangat penting dalam kawalan tembakau terutamanya di negara-negara yang mempunyai kelaziman merokok yang tinggi dan juga pasaran gelap tembakau yang tidak terkawal.

Menurut Presiden American Vaping Association pertubuhan advokasi vape Amerika Syarikat (AS), Gregory Conley, terdapat banyak bukti yang menyokong penggunaan vape sebagai alat pengurangan kemudaratan dan berhenti merokok untuk perokok dewasa dan kredibilitinya sebagai alternatif membantu perokok berhenti merokok..

“Institusi ternama seperti Public Health England, Royal College of Physicians dan Cochrane Reviews telah menyimpulkan bahawa produk vape terbukti sangat efektif untuk membantu golongan dewasa berhenti merokok berbanding terapi penggantian nikotin konvensional.

“Kita telah tahu untuk sekurang-kurangnya 50 tahun bahawa perokok merokok kerana nikotin tetapi mati daripada tar dan asap. Pengetahuan tentang ini juga telah membawa kepada pembangunan produk farmaseutikal seperti terapi penggantian nikotin,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata terapi penggantian nikotin tidak mendatangkan kadar kejayaan yang tinggi seperti produk vape.

“Ada dua faktor mengapa produk ini (terapi penggantian nikotin) tiada kadar yang tinggi. Iaitu produk ini tidak memuaskan untuk diguna. Kedua ia tidak memberikan aspek deria yang sama seperti merokok. Iaitu pergerakan tangan ke mulut. Produk vape pula menyelesaikan isu ini dengan memberikan perokok kadar nikotin yang berlainan. Dan juga system yang meniru suatu perbuatan seperti merokok tanpa asap rokok yang berbahaya.”

Conley juga menyatakan produk vape merupakan alat yang paling banyak digunakan di AS untuk membantu perokok tegar berhenti merokok.

Bantuan vape

“Menurut data tahun 2020 dari agensi kesihatan awam di Amerika Syarikat iaitu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), lebih kurang sembilan juta golongan dewasa menggunakan vape setiap bulan yang mana empat juta daripadanya adalah bekas perokok. Data ini tidak termasuk perokok yang bertukar kepada vape yang kemudiannya berhenti kedua-duanya sekali.

“Dengan mengambil kira data ini, kami menganggarkan sekurang-kurangnya lima juta perokok dewasa Amerika telah berhenti merokok dengan bantuan vape,” katanya.

Kejayaan ini juga boleh dikecapi Malaysia sekiranya kerajaan mengambil langkah untuk mencontohi negara-negara yang mengiktiraf peranti ini selaku alternatif penggantian kepada rokok yang memberikan kesan kurang memudaratkan serta mampu meningkatkan kualiti kehidupan perokok tegar.

Katanya, menaikkan cukai atau menjalankan kempen anti rokok sahaja tidak mencukupi. Kerajaan harus melihat cara yang paling inovatif untuk mengurangkan kelaziman merokok.

“Undang-undang kawalan tembakau telah digubal bersesuaian dengan rokok. Pengiktirafan kemudaratan rokok di seluruh dunia juga membuatkan kerajaan di seluruh dunia mengambil langkah untuk membendung tabiat merokok di kalangan perokok atau menyaran populasi untuk tidak merokok.”

 “Berbeza dengan produk vape yang merupakan teknologi kendalian bateri yang direka khusus sebagai alternatif untuk perokok dewasa. Undang-undang yang dikatakan sesuai untuk rokok seperti cukai yang tinggi perlu dinilai dengan teliti sebelum dikenakan ke atas vape.

“Jika kita mahu golongan dewasa bertukar kepada vape, produk tersebut mestilah menarik perhatian, memuaskan dan mampu milik. Saya percaya dengan rangka kerja kawal selia yang betul, Malaysia mampu melindungi rakyatnya termasuk golongan dewasa dan belia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya