Van jadi tempat simpan rokok, arak seludup - Utusan Malaysia

Van jadi tempat simpan rokok, arak seludup

ARAK serta rokok dan van yang dijadikan tempat penyimpanan barangan tidak bercukai itu dirampas Batalion 5 PGA di Taman Johor Jaya, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sindiket pengedaran rokok dan arak tidak bercukai yang aktif menjalankan kegiatan haram itu sejak lima bulan lalu tumpas setelah diserbu Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 4 petang melibatkan sebuah premis di Jalan Bakawali 35, Taman Johor Jaya di sini, rokok jenis Zon King dan arak jenis McDowells antara yang dirampas bersama sebuah van dengan nilai keseluruhan RM421,769.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, modus operandi yang digunakan sindiket terbabit adalah dengan menyimpan rokok atau arak tanpa cukai di dalam kenderaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan pihak berkuasa berjaya mengesan kegiatan tersebut sehingga tertumpasnya sindiket terbabit sekali gus memutuskan rangkaian sindiket pengedaran di sekitar Johor Bahru,” katanya di sini hari ini.

Dimin berkata, barangan rampasan itu kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Beliau turut meminta orang awam untuk terus menyalurkan maklumat bagi mengekang lambakan barangan kontraban seperti rokok dan arak serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi talian hotline Batalion 5, PGA iaitu 07-7557280,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya