UPSI terima 665 pelajar baharu Sarjana Muda

UPSI terima 665 pelajar baharu Sarjana Muda

Kesilapan memilih kursus dan lewat menyedari kemampuan diri boleh menyebabkan sebahagian mahasiswa tidak dapat menamatkan pengajian mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Proses pendaftaran  kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini bagi sesi kemasukan sesi kedua sidang 2021/2022 semalam berjalan dengan mengikut prosedur operasi standard ( SOP) yang ditetapkan.

UPSI menawarkan  tempat kepada 665 calon yang berjaya dalam permohonan mereka termasuk dari Sabah dan Sarawak bagi ambilan bulan Mac. Daripada jumlah itu, hampir 200 pelajar dari Sabah dan Sarawak  ditawarkan tempat melanjutkan di UPSI.

Semua pelajar tersebut ditempatkan di Kolej Ungku Omar dan Kolej Harun Aminurrashid, Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City di sini.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, proses perdaftaran pelajar baharu  berjalan dengan lancar dengan pematuhan SOP yang ketat.

“Saya berharap semua pelajar keluarga dan  kakitangan yang bertugas dapat menjaga kesihatan. Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang ke institusi pendidikan tinggi tersohor  ‘Ibu Kandung Suluh Budiman’ (UPSI),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu,  Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata, pendaftaran sejak semalam menerima 665 orang pelajar berdasarkan jumlah setuju terima. 

Yang hadir sama semasa  sesi pendaftaran pelajar ialah Pengetua Kolej Ungku Omar,  Prof Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan; Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr. Che Anuar Che Abdullah dan Timbalan Pendaftar Kanan, Maskana Ahmad. – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya