UMS kaji program pengajian setiap tiga tahun

UMS kaji program pengajian setiap tiga tahun

PROSES semakan semula kurikulum pentingmemastikan program pengajian yang ditawarkan institusi pengajian tinggi sesuai dengan kehendak pasaran dan permintaan pelajar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melaksanakan proses semakan semula kurikulum setiap tiga hingga lima tahun bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan sesuai dengan kehendak pasaran dan permintaan pelajar.

Penolong Naib Canselor (Strategik) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Abd. Karim berkata, semakan semula itu perlu bagi memastikan program pengajian adalah relevan dengan keperluan semasa.

Langkah ini penting bagi memenuhi keperluan industri, meningkatkan kebolehpasaran graduan seiring dengan perkembangan teknologi serta memenuhi keperluan dasar dan polisi pemerintah serta permintaan daripada pelajar.

“Justeru, proses kajian semula kurikulum yang dipantau oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ini melibatkan penyertaan pemegang taruh termasuk wakil industri, alumni, badan pemantau kualiti pendidikan tinggi, jabatan dan wakil kerajaan berkaitan, pelajar, badan profesional dan komuniti perniagaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, sijil akreditasi bagi bidang sains sosial melibatkan kategori sijil dan diploma banyak digugurkan oleh institusi pendidikan berikutan perubahan industri dan keperluan semasa.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kursus perakaunan dan percukaian, pengurusan dan pentadbiran serta sains komputer antara bidang sains sosial yang terus mendapat permintaan tinggi daripada pihak industri.

Rahimie yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat berkata, penanda aras bagi membuat perbandingan dengan program di dalam dan luar negara juga turut dilakukan.

Katanya, maklum balas yang diterima akan dijadikan asas untuk penambahbaikan dan penjajaran program pengajian yang ditawarkan di UMS.

“Sekiranya program didapati tidak lagi relevan dan memerlukan ia ditutup, maka penawaran program akan dihentikan untuk diganti dengan program baharu yang lebih relevan kepada kehendak pasaran atau masyarakat,” katanya.

Ketika ini, UMS menawarkan 124 program pengajian di 12 fakulti dan sebuah akademi. Ia termasuk satu program di peringkat diploma dan satu program peringkat asasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya