UKM mara bersama kebitaraan TERAS

UKM mara bersama kebitaraan TERAS

MOHD. Ekhwan Toriman (kiri) diiringi Mohamad Abd. Razak (dua dari kiri); Pengarah Fuel Cell Institute UKM, Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin (dua dari kanan) dan Timbalannya, Prof. Dr. Mohd. Shahbudin Mastar (depan, kanan) bersama kenderaan hibrid sel fuel hidrogen UKM-Fuel Cell Hydrogen Hybrid Car (FCH2HC) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM, Bangi, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELANTIKAN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sebagai Sekretariat Jawatankuasa Induk Pengembangan Bahasa Melayu Institusi Pendidikan Tinggi Negara-negara ASEAN dianggap sebagai tepat pada masa.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman menegaskan, universiti berkenaan sentiasa berpijak kepada realiti penubuhannya, Iaitu untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Selain itu meletakkan jati diri kebangsaan sebagai asas serta menjulang semangat patriostisme dalam kalangan warganya.

Sebelum ini UKM juga menyambut baik amanat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau mahu Bahasa Melayu digunakan dalam setiap urusan rasmi  negara, termasuk mesyuarat mahu pun persidangan antarabangsa.

“Bahasa Melayu adalah janji UKM kepada negara sejak dari awal penubuhannya.

“Pelantikan ini sangat kena pada masanya kerana ATMA sendiri ketika ini giat menjalankan pelbagai program untuk memartabat serta memperkasa bahasa kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Bicara Perdana yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM Bangi, semalam.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UKM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak.

Bicara Perdana kali ini mengupas strategi kemaraan serta hala  tuju UKM selepas Kerangka TERAS diperkenalkan pada tahun 2021.

Universiti  penyelidikan

Naratif Baharu yang menjadi intipati bicara merupakan suatu pembaharuan tekad dan keazaman warga kepada UKM dalam konteks universiti  penyelidikan yang sentiasa
meneroka pendekatan baharu dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, pelbagai inisiatif dan strategi turut diperkenalkan untuk memperkasa semua warga universiti serta melonjakkan penglibatan universiti dengan alumni,  masyarakat, rakan strategik dan pihak industri.

Tambah Ekhwan, susulan pelantikan berkenaan UKM juga bersedia memberikan kerjasama memastikan pelbagai program dapat dilaksanakan serta meningkatkan kerjasama dengan pelbagai universiti demi mencapai aspirasi mengukuhkan bahasa kebangsaan.

“Sebagai sekretariat yang akan menerajui pemerkasaan bahasa melayu diperingkat antarabangsa, ATMA yang sememangnya sudah mempunyai asas kajian mengenai
bahasa berhasrat mengadakan kerjasama dengan universiti-universiti utama di Asia Tenggara.

“Pihak kami juga akan memastikan dalam usaha memperkasa bahasa kebangsaan ini, kami tidak akan sesekali meminggirkan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Mandarin dan sebagainya,” ujarnya.

Dalam majlis sama, UKM turut melancarkan kenderaan Sel Fuel Hidrogen yang dibangunkan melalui pengubahsuaian terhadap kenderaan elektrik oleh penyelidik
Institut Sel Fuel.

Dua jenis kenderaan yang dipamerkan semasa majlis tersebut adalah kereta golf (bugi) dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang direka lebih mesra alam melibatkan kos pembinaan sebanyak RM200,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya