Tuntutan waris Sultan Sulu tidak jejas kedaulatan Sabah - Utusan Malaysia

Tuntutan waris Sultan Sulu tidak jejas kedaulatan Sabah

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tuntutan dibuat pihak yang mendakwa sebagai pewaris Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram II terhadap Sabah menerusi prosiding timbang tara antarabangsa di Perancis tidak menjejaskan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, hal itu kerana tuntutan tersebut tidak diiktiraf kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negeri Sabah.

“Kita tidak iktiraf langsung sebaliknya kita teruskan proses mahkamah. Jabatan Peguam Negara yang mengetuai kerajaan Malaysia dalam kes tersebut dan kita akan lihat bagaimana seterusnya.

“Hakikatnya, tuntutan itu tidak sedikit pun menjejaskan kedudukan Sabah sebagai sebuah wilayah berdaulat dalam Malaysia, kerajaan negeri Sabah tak iktiraf, kerajaan Malaysia juga tak iktiraf tuntutan itu,” katanya dalam sidang akhbar sempena Program Aspirasi Keluarga Malaysia di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini hari ini. Turut hadir, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman.

Semalam, Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan tidak mengiktiraf tuntutan pihak yang mendakwa sebagai pewaris Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram II menerusi prosiding timbang tara antarabangsa di Perancis.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara itu, Malaysia juga tidak mengambil bahagian dalam prosiding oleh waris Sultan Sulu di ibu kota Paris tersebut.

Sementara itu, berhubung lawatannya ke Menara MBJB, pihaknya memaklumkan Kerajaan Pusat menyokong usaha kerajaan Johor melaksana inisiatif Greater Johor Bahru.

Saifuddin berkata, sokongan itu kerana hasrat berkenaan akan memberi kesan positif secara langsung kepada hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura.

“Idea kerjasama antara empat pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu MBJB, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran Kulai adalah satu perkara yang baik dan perlu perbincangan lanjut.

“Ini kerana idea Greater Johor Bahru itu melibatkan PBT yang bersempadan dengan Singapura, jadi ia memberi kesan positif kepada kementerian kami,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya