Tujuh individu selamat dalam kebakaran rumah, bengkel

Tujuh individu selamat dalam kebakaran rumah, bengkel

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dan sebuah bengkel besi di Kampung Temiang, Seremban, awal pagi tadi. - FOTO/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tujuh individu selamat selepas mereka berjaya keluar menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dan bengkel besi di Kampung Temiang dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.06 pagi dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian. 

“Setibanya di lokasi, kami mendapati terdapat sebuah rumah jenis papan dan sebuah bengkel yang terletak bersebelahan terbakar. Pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadamkan kebakaran.

“Kami dimaklumkan terdapat tujuh orang yang telah keluar lebih awal untuk menyelamatkan diri dalam kebakaran ini.” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mohamad, kebakaran itu memusnahkan hampir 90 peratus rumah itu manakala bengkel terbabit pula musnah sama sekali. 

“Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya