Tujuh beradik yatim piatu sayu sambut Ramadan

Tujuh beradik yatim piatu sayu sambut Ramadan

NURALLESYAH Balqis Mohd. Azman (tengah) bersama enam adiknya di rumah sewa mereka di Teluk Intan, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Ramadan minggu depan disambut dengan perasaan sayu buat tujuh beradik di sini, apabila pertama kali menyambut ketibaan bulan mulia itu sebagai yatim piatu.

Mereka ialah Nurallesyah Balqis Mohd. Azman, 18, yang menjaga adik-adiknya, Nur Alleyana Darwina, 15; Nurallesyazwani Sofea, 13; Nurallyqalesyah Damia, 11; Nurallyfarisyah Najwa, 9; Nurallyshafirah Umairah, 7, dan adik bongsunya, Muhammad Harraz Erfan berusia lima tahun.

Bapa tujuh beradik itu, Mohd. Azman Tabri, 42, meninggal dunia pada 2019 dan pada Jun lalu, ibu mereka, Noor Suidah Omar, 43, pula meninggal dunia akibat masalah kesihatan.

Sebagai anak sulung, Nurallesyah Balqis bertanggungjawab mengurus keperluan harian enam adiknya.

“Ramadan kali ini sudah tentu berbeza kerana kami sudah tiada kedua-dua orang tua.

“Namun kami akan menyambutnya seperti biasa, kami reda dengan kehilangan ibu bapa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, selepas kematian ibu bapa, mereka menumpang kasih dengan emak saudara dan keluarganya dan tinggal di rumah pusaka nenek mereka di Kampung Bahagia, di sini.

Katanya, dia dan adik-adiknya bersyukur kerana mereka masih ada ibu dan bapa saudara untukmenumpang kasih dan mengadu masalah walaupun mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing.

“Tanpa mereka, kami tujuh beradik tidak tahu hendak ke mana. Mereka membuatkan kami lebih tabah kuat.

“Namun kini kami tinggal menyewa di rumah lain kerana sudah semakin besar. Kami rasa tak elok kami terus tinggal di rumah emak saudara kerana mereka pun mahukan keselesaan,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara kepada adik beradik yatim piatu itu, Mohd. Hanafi Zahari, 40 , berkata, dia dan isterinya menjaga tujuh anak saudaranya itu.

Menurutnya, dia dan adik beradiknya yang lain tidak masalah untuk menjaga tujuh anak saudara mereka.

“Kami adik beradik sentiasa menjaga mereka, memastikan semuanya cukup dari segi keperluan seharian, makan minum, persekolahan dan tempat tinggal.

“Mereka sudah besar dan mahu hidup berdikari dan suasana rumah yang lebih tenang, jadi saya carikan sebuah rumah sewa untuk mereka.

“Saya harap kerajaan dapat membantu adik beradik ini sebuah rumah untuk mereka menjalani hidup dengan lebih selesa,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya