Tiga sesat dalam hutan ditemukan - Utusan Malaysia

Tiga sesat dalam hutan ditemukan

TIGA yang sesat di dalam hutan dekat Kampung Selabat bersama pasukan penyelamat selepas ditemukan awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kesemua tiga mangsa termasuk seorang wanita yang terperangkap di dalam hutan di Kampung Selabat di sini dan tidak dapat menemui jalan pulang akibat cuaca buruk berjaya ditemukan dan dibawa pulang awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (GPO) Bomba Sarawak yang menerima laporan pada pukul 7.58 malam menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan pasukan STORM diaktifkan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Jurucakapnya berkata, pasukan penyelamat bergerak ke lokasi menyusuri jalan tepi sungai untuk mengesan mangsa berpandukan lokasi yang dikongsi oleh mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Ketiga-tiga mangsa ditemukan pada pukul 3.20 pagi tadi pada jarak 350 meter dari ‘check point 1’ dan kesemua mangsa dibawa keluar pada pukul 4:06 pagi,” katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa, masing-masing berusia 81, 51 dan 49 tahun ditemukan dalam keadaan baik dan kepenatan.

Turut menyertai operasi SAR itu ialah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 20 penduduk kampung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya