Tidak wajar Ahli Parlimen Alor Setar persoal urusan zakat

Tidak wajar Ahli Parlimen Alor Setar persoal urusan zakat

CHAN MING KAI dan SYED MOHD RIZAL SYED UNAN MASHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tindakan Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai mempersoal urusan zakat negeri di Parlimen adalah tidak wajar kerana beliau sepatutnya memahami bahawa soal zakat dan hal ehwal agama Islam yang terletak di bawah kuasa Sultan Kedah. 

Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pihaknya  menyarankan supaya Ming Kai bertandang ke Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sendiri untuk belajar soal zakat dan memahami konsep zakat itu.

“Memandangkan Ahli Parlimen Alor Setar itu bukan beragama Islam, soal zakat di negeri Kedah tidak perlulah beliau sibuk. Kita pun selama ini tidak pernah persoalkan tentang hal ehwal wang kesatuan dan kebajikan agama lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Syed Mohd. Johan Rizal yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar berkata, tindakan Ahli Parlimen itu bertanyakan soal hal ehwal zakat Kedah di Parlimen jelas menunjukkan beliau ‘buta’ tentang Perlembagaan Persekutuan malah  tidak tahu tentang bidang kuasa Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. 

“Beliau sebagai Ahli Parlimen patut tahu tentang kandungan Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

 “Untuk makluman Chan Ming Kai, wang hasil kutipan zakat bukan hak milik mana-mana kerajaan atau rakyat Malaysia, sebaliknya adalah ia adalah hak milik penuh Baitulmal yang diuruskan Lembaga Zakat Negeri untuk maslahat kepentingan umat Islam yang layak di negeri itu, “ katanya.

Ming Kai dalam satu hantaran di media sosialnya semalam berkongsi satu surat makluman daripada Dewan Rakyat tentang soalan jawab lisan, meminta Perdana Menteri menyatakan yayasan yang berdaftar dengan Lembaga Zakat setiap negeri yang melayakkan agihan zakat serta terimaan zakat bagi yayasan setiap tahun. 

Bagaimanapun, soalan tersebut telah ditolak atas alasan perkara itu terkandung dalam Senarai Negeri. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya