[TIDAK RASMI] Pejuang, Warisan tewas semua kerusi - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] Pejuang, Warisan tewas semua kerusi

Warisan dan Pejuang setakat pukul 9.30 malam tadi dilaporkan kalah di semua kerusi ditandingi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendatang baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Parti Pejuang dan Warisan terpaksa menelan pahit apabila kalah dalam semua kerusi yang ditandingi.

Meskipun Pejuang yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertanding 42 kerusi, tidak ada satu pun kerusi yang berjaya memberikan saingan kepada parti-parti lain.

Warisan yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut berdepan nasib malang apabila tewas di enam kerusi yang ditandingi.

Selain itu, parti-parti lain seperti Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Putra dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut menerima nasib sama.

Malah, seramai 16 calon Bebas semuanya tewas di kerusi masing-masing.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya