PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dilaporkan mendahului di 15 buah kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat 6.30 petang tadi.
Kerusi tersebut adalah Endau, Kahang, Paloh, Yong Peng, Sri Medan, Kemelah, Senggarang, Tenggaroh, Bukit Naning, Maharani, Senai, Skudai, Tenang, Bukit Permai dan Bukit Batu.
Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) mendahului di tiga kerusi iaitu Jementah, Pasir Raja dan Larkin manakala Pakatan Harapan (PH) setakat ini mendahului di Perling.
Calon Warisan, Victor Chen Hain Kai membuat kejutan apabila mendahului di Johor Jaya. – UTUSAN