Tidak pernah jumpa Vincent Tan, bekas MB Terengganu nafi jual tanah di Pulau Redang - Utusan Malaysia

Tidak pernah jumpa Vincent Tan, bekas MB Terengganu nafi jual tanah di Pulau Redang

AHMAD Said (kiri) menunjukkan salinan laporan polis oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Kemaman susulan fitnah yang dilemparkan ke atasnya di Kemaman, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menafikan menjual tanah milik kerajaan di pulau peranginan Pulau Redang kepada Tan Sri Vincent Tan.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu turut mengesahkan tidak pernah berjumpa dengan jutawan berkenaan sepanjang zaman pentadbirannya lalu.

Katanya, pemeriksaan sudah dibuat dengan pihak Pejabat Daerah dan Tanah dan tidak mengesan sebarang tanah milik kerajaan diserahkan kepada Vincent.

“Tidak ada tanah kerajaan yang kita serahkan kepada Vincent kecuali hartanah yang dibeli beliau daripada orang perseorangan pada 1991 dan 2001.

“Saya tidak tahu apa motif pemilik akaun Facebook itu memfitnah saya,” katanya dalam sidang akhbar, di sini semalam.

Baru-baru ini, seorang individu dalam hantaran di laman Facebook mendakwa Ahmad menggadai tanah milik kerajaan di Pulau Redang kepada jutawan berkenaan.

Ahmad berkata, perbincangan sudah dilakukan dengan pihak peguam bagi menyaman individu itu dalam masa terdekat kerana memfitnahnya.

Sehingga kini, dua laporan polis sudah dibuat Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Kemaman agar siasatan lanjut berkenaan isu itu dilakukan secara terperinci. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya