Tiada pembalakan haram di Kenyir, banjir piung akibat gelinciran tanah

Tiada pembalakan haram di Kenyir, banjir puing akibat gelinciran tanah

ANTARA lokasi di Tasik Kenyir yang terjejas tanah runtuh dalam bencana banjir besar baru-baru ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiada sebarang aktiviti pembalakan haram dikesan di sekitar empangan Kenyir susulan timbunan kayu-kayu yang hanyut dalam banjir besar, minggu lalu.

Pengarah Perhutanan negeri, Roslan Rani berkata, sisa-sisa timbunan kayu itu jatuh akibat kejadian gelinciran tanah hingga menyebabkan berlakunya banjir puing.

Katanya, perkara berkenaan turut diakui pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi taklimat berhubung bencana banjir dan tanah runtuh itu.

“Kepala air dan tanah runtuh menyebabkan pokok-pokok, sampah-sarap lama dan sisa kayu mati turun sekali ke dalam sungai.

“Keadaan itu hampir sama dengan situasi di Bentong, Pahang pada pertengahan akhir 2021 dan saya ingin menyatakan tiada sebarang pembalakan haram di kawasan sekitar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sisa-sisa timbunan kayu selepas banjir sejak Khamis lalu itu menarik perhatian ramai hingga ada yang mendakwa wujud aktiviti pembalakan haram di sekitar Kenyir.

Sementara itu, Roslan berkata, pihaknya akan membuat semakan lanjut di samping menanda kawasan-kawasan berlaku tanah runtuh di sekitar Kenyir.

“Kita akan membuat pelan pemetaan untuk perancangan dan juga tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya