Terlalu awal untuk umum bertanding di mana - Khairy - Utusan Malaysia

Terlalu awal untuk umum bertanding di mana – Khairy

KHAIRY Jamaluddin ketika melawat tapak pembinaan bangunan tambahan di Hospital Port Dickson, Port Dickson hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, masih terlalu awal untuknya memaklumkan di mana beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Awal lagi, awal sangat nak cakap bertanding di mana,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan melawat tapak pembinaan bangunan tambahan di Hospital Port Dickson di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan bahawa Timbalan Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkemungkinan akan bertanding di kerusi Parlimen Rembau pada PRU-15.

Keadaan itu menimbulkan persoalan di manakah Khairy yang merupakan penyandang kerusi tersebut akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Antara beberapa kawasan yang disebut-sebut oleh bakal ditandingi oleh Khairy termasuklah Parlimen Tampin dan Port Dickson.

Sementara itu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan memperuntukkan sebanyak RM160 juta bagi membina sebuah blok baharu di Hospital Port Dickson yang dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2025.

“Bagi perkembangan blok pakar baharu di Hospital Port Dickson, sepatutnya blok tersebut sudah mula dibina namun terdapat perubahan peruntukan dan kontraktor asal telah menarik diri.

“Oleh itu, tender akan dibuka semula bagi mengeluarkan iklan pada Mei nanti. Insya-Allah kami akan mengeluarkan surat setuju terima pada Oktober tahun ini dan dijangka siap pada Oktober 2025 nanti,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, pihak hospital Port Dickson turut memohon untuk menaik taraf dan meluaskan Jabatan Trauma dan Kecemasan hospital berkenaan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM23 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya