Terengganu sedia 63 tapak bazar Ramadan 

Terengganu sedia 63 tapak bazar Ramadan 

ALIAS RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 63 lokasi bazar Ramadan disediakan pada Ramadan kali ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, jumlah itu melibatkan seramai 5,324 peniaga yang berdaftar dengan  setiap pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Katanya, bazar ramadan tertinggi adalah di daerah ini dan Kuala Nerus dengan sebanyak 26 lokasi diikuti Besut (10 lokasi) serta Kemaman (7 lokasi). 

“Di Setiu pula sebanyak enam lokasi di samping Dungun dan Marang masing-masing lima lokasi serta Hulu Terengganu (empat lokasi),” katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini. 

Sementara itu, Alias menasihatkan peniaga dan pengunjung bazar Ramadan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak penularan Covid-19.

Katanya, pihak berkuasa akan membuat pemantauan dan rondaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan SOP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya