Tebatan banjir tangani krisis bekalan air, kemarau - Utusan Malaysia

Tebatan banjir tangani krisis bekalan air, kemarau

IZHAM Hashim (depan) melakukan lawatan di Kelong Paradise di Sabak Bernam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Projek tebatan banjir yang bakal dilaksanakan di Selangor dijangka membantu menangani krisis bekalan air termasuk kemungkinan berlaku fenomena kemarau panjang yang dijangka melanda negara menjelang tahun 2025.

Pengerusi Jawatankuasa  Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata, projek tersebut adalah penyelesaian kepada isu banjir dan pengurusan sumber air di negeri ini.

“Strategi kita ialah menguruskan banjir dan kemarau selain pengurusan sumber air yang disimpan sama ada di tasik, kolam atau pun terowong,” kata beliau selepas Majlis Perasmian dan Lawatan ke Kelong Paradise Sabak Bernam di sini hari ini.

Izham berkata, perkara tersebut sudah dibentang semasa pemukiman (Retreat) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Langkawi, Kedah pada 23 Februari lalu.

Selain itu, menurut beliau, sebanyak RM700 juta diperuntukkan bagi mendalamkan, pengukuhan dan struktur Sungai Klang.

“Kita juga memerlukan terowong khas sekitar RM1 bilion bagi meningkatkan aliran air di kawasan terlibat,” jelasnya.

Sehubungan itu, jelas beliau, keseluruhan pembangunan Sungai Klang memerlukan peruntukan sebanyak RM2 bilion termasuk tempat pemprosesan rawatan air di Pulau Indah.

“Ini adalah penyelesaian secara holistik dan tempoh pelaksanaan projek terlibat mengambil masa lebih setahun,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya