Tanah runtuh: Waris mangsa maut terima sumbangan RM10,000

Tanah runtuh: Waris mangsa maut terima sumbangan RM10,000

ANGGOTA penyelamat ketika melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang tertimbus dalam operasi cari dan selamat kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai 2, Ampang, semalam. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Waris mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh Taman Bukit Permai 2 di Ampang semalam akan menerima sumbangan RM10,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya juga akan mempertimbangkan bantuan kewangan rumah-rumah lain yang terjejas akibat kejadian berkenaan.

Kata beliau, bagi rumah penduduk yang terjejas pula, sumbangan untuk mereka akan diumumkan nanti.

“Kalau ikut format biasa sebelum ini bantuan sebanyak RM500. Bagaimanapun, saya akan pertimbangkan balik jika perlu tambahan atau bagaimana,” katanya ketika sidang media selepas melawat tapak kejadian tanah runtuh di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata Amirudin, tumpuan ketika ini adalah untuk mengkaji risiko dan tahap keselamatan 48 buah rumah di kawasan itu sama ada ia selamat untuk terus didiami atau tidak.

“Pemilik 48 buah rumah berkenaan diminta untuk mengosongkan rumah sehingga tahap keselamatan diumum.

“Maksimum lima hari baru kita boleh dapat pastikan mereka boleh kembali ke rumah atau tidak,” jelasnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 semalam telah meragut empat nyawa dan  seorang cedera ringan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya