Tanah runtuh: Seorang mangsa dari 15 rumah tertimbus diselamatkan

[VIDEO] Tanah runtuh: Seorang mangsa dari dua rumah tertimbus diselamatkan

PASUKAN Bomba membawa keluar seorang mangsa dipercayai warga emas yang tertimbus di Taman Bukit Permai, Ampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua daripada 15 buah rumah dikhuatiri tertimbus sepenuhnya dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang di sini, petang ini.

Dalam kejadian itu, seorang daripada empat penghuni kediaman tersebut  diselamatkan pasukan bomba pada pukul 6.54 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.54 petang dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ke lokasi kejadian.

“Hasil maklumat awal berlaku tanah runtuh hingga menyebabkan 15 buah rumah dan 10 kenderaan tertimbus.

“Seorang mangsa lelaki dikeluarkan dan kita sedang mengenal pasti jika terdapat mangsa lain yang tertimbus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pasukan bomba masih menjalankan operasi menyelamat namun pergerakan tanah masih berlaku di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya