Tanah runtuh: 4 mangsa tertimbus tidak sempat lari - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: 4 mangsa tertimbus tidak sempat lari

Mangsa-mangsa yang mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang semalam tidak sempat melarikan diri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat daripada lima mangsa yang  ditemukan maut tertimbus tanah dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang dekat sini semalam tidak sempat menyelamatkan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata,  tiga daripada dua mangsa yang ditemui  tertimbus dalam tanah sedalam satu hingga 1.5 meter.

Menurut  beliau, pihaknya terpaksa menggunakan mesin pengorek untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

“Pemeriksaan kita mendapati tiga daripada lima mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi tidak sempat kerana pergerakan tanah pantas lalu  tertimbus. 

“Terdapat sebuah rumah yang rosak 100 peratus dan beberapa rumah yang terletak  berhampiran turut terjejas,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, beberapa anggota akan ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan sekiranya berlakunya kejadian tanah runtuh yang berulang.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hujan lebat berterusan selama beberapa hari dipercayai menjadi punca kejadian tanah runtuh.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan di lokasi mendapati tidak ada sebarang aktiviti  pembalakan dan pengosongan tanah dilakukan di kawasan ini. 

Kata beliau, lokasi ini adalah zon kawasan lapang dan tidak ada sebarang aduan diterima membabitkan sebarang aktiviti di kawasan ini. 

“Aduan yang kami terima sebelum ini adalah di kawasan sejauh empat kilometer dari lokasi iaitu di Taman Permai, namun tiada aduan diterima di kawasan ini.

“Justeru, kita akan memantau keadaan di lokasi ini dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini hari ini. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya