Sudah habis dan ‘move on’ - Syafie Naswip - Utusan Malaysia

Sudah habis dan ‘move on’ – Syafie Naswip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon hebat, Syafie Naswip, 29, enggan mengulas panjang berhubung luahan kesal strategi publisiti murahan segelintir artis di media sosial.

Menurutnya, hal tersebut sekadar luahan rasa di Instagram miliknya.

“Bab itu saya tak nak komen. Tak nak panjangkan, apa yang tertulis itulah apa yang saya rasa ketika itu,” ujarnya.

Syafie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Gila Gusti di TGV One Utama, Damansara, semalam.

Ditanya adakah dia terganggu dengan cara publisiti seumpama itu, jawabnya dia hanya mahukan pembaca menyelami perasaannya.

“Entahlah, mungkin boleh letakkan diri dekat tempat saya. Mungkin itu yang saya rasakan? Saya tak boleh ulas panjang, sudah tulis,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon itu tidak ambil pusing dengan persepsi segelintir khalayak yang mempunyai pemahaman dan tafsiran tersendiri.

“Tak apa lah, dah habis dan move on. Saya sudah luahkan perasaan saya ketika itu. Yang pernah bekerja dengan saya, saya bersikap terbuka dan layan semua orang baik.

“Tapi untuk perkara yang saya tidak suka dan tidak kena, saya akan cakap dengan cara baik, bukan cakap belakang. Orang suka atau tidak, itu luar kemampuan saya,” jelasnya.

Begitu pun, Syafie bersikap profesional seandainya di kemudian hari berpeluang untuk bekerjasama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya