STAM 2021 bermula 5 April hingga 14 April ini 

STAM 2021 bermula 5 April hingga 14 April ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2021 dilaksanakan dari 5 April hingga 14 April ini. 

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 5,089 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, manakala seramai 1,038 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan itu. 

Katanya, calon peperiksaan diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan dan hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam. 

“Ia seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan kementerian serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan. 

“Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon peperiksaan untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung. 

“Jadual waktu peperiksaan STAM tahun 2021 boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my/,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya