SPR serah keputusan rasmi kepada Istana Johor

SPR serah keputusan rasmi kepada Istana Johor

ABDUL Ghani Salleh (kiri) menyerahkan keputusan PRN Johor kepada Azmi Rohani untuk diberikan kepada Istana Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang selesai diadakan semalam diserahkan kepada Istana Johor, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menyerahkan keputusan itu kepada Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Turut hadir ketika majlis penyerahan berkenaan ialah Pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaimon.

Malam tadi, SPR mengumumkan Barisan Nasional (BN) telah memenangi PRN Johor selepas gabungan tersebut memperoleh 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 239 calon daripada 11 parti dan gabungan politik berlainan bertanding merebut 56 kerusi DUN yang dipertandingkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya