bulan solat

Solat berjemaah dengan transgender antara program Bulan Solat Jawi 

AHMAD Marzuk Shaary (dua dari kanan) melancarkan program Bulan Solat Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemudahan surau bergerak di tapak pasar malam di sekitar Kuala Lumpur dan bengkel solat sempurna serta solat berjemaah bersama mualaf, orang kurang upaya (OKU), pesakit HIV, transgender dan gelandangan. 

Itu antara pengisian program Bulan Solat Peringkat Wilayah Persekutuan yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sepanjang bulan ini yang dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. 

Jawi berkata, program lain dirancang termasuk Subuh Perdana, solat Duha Perdana dan pengajian khas berkaitan ibadah di beberapa buah masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. 

Menurutnya, pihaknya juga akan menganjurkan Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit di hospital dan pusat perubatan bagi mendedahkan ilmu berkaitan rukhsah solat kepada pesakit.

“Program bulan solat dilaksanakan bertujuan menyeru umat Islam untuk meningkatkan dan memperbaiki kualiti ibadah solat dalam kehidupan serta menghayati hikmah dan kepentingan solat dalam pembentukan akhlak dan sahsiah insan.

“Program Bulan Solat Peringkat Wilayah Persekutuan adalah kesinambungan Sambutan Bulan Solat Peringkat Kebangsaan yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad bulan lalu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya