Situasi semasa punca kenaikan harga barang

[Parlimen] Situasi semasa punca kenaikan harga barang

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barang ketika ini adalah disebabkan impak pandemik Covid-19, masalah bencana banjir dan peningkatan kos bahan mentah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya tidak menerima laporan peniaga menyorok barang menjadi punca kenaikan harga.

“Kita ada lebih 2,000 penguat kuasa termasuk pemantau harga di seluruh negara yang memantau keberadaan barang.

“Kita mengesan barang-barang daripada pengeluar sampai kepada pengguna,” katanya di Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Abdul Latif Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) yang mahu tahu langkah diambil kementerian itu bagi mengelak kerisauan peniaga sehingga terpaksa menyorok barang kerana kawalan harga oleh kerajaan.

Menjawab soalan lisan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir (PH-Johor Bahru) dalam isu sama iaitu kenaikan harga barang, Rosol berkata, kenaikan harga barangan juga banyak dipengaruhi oleh peningkatan kos input barangan tersebut. 

Katanya, kos input ini meliputi kos barangan dari pengimport dan kos-kos lain yang turut meningkat ekoran kenaikan kadar tukaran matawang asing dan kenaikan harga barangan dari pengimport. 

“Kebergantungan negara kepada bekalan makanan dari luar menyebabkan sebarang perubahan harga import memberi kesan kepada harga bahan makanan di dalam negara,” katanya.

Selain itu, kata beliau, antara langkah-langkah diambil kementeriannya bagi mengawal kenaikan harga barang adalah mengadakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) bagi menetapkan harga maksimum untuk barangan tertentu pada tempoh tertentu.

“SHMMP Tahun Baru Cina 2022 berlangsung dari 29 Januari 2022 hingga 4 Februari 2022 telah melibatkan 8,150 pemeriksaan premis di seluruh negara. SHMKM pula dilaksanakan pada 1 Januari 2022 hingga 4 Februari 2022 yang melibatkan 43,348 jumlah pemeriksaan premis,” katannya.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) berhubung import ayam bagi mengimbangi harga dan memastikan keperluan negara mencukupi, Rosol berkata, sehingga kini, sebanyak 29 permit dikeluarkan kepada pengimport.

“Setakat ini kita hanya bawa masuk ayam dari Thailand, tiada dari China atau Brazil, saya difahamkan sebanyak dua atau tiga kontena telah dibawa masuk untuk permulaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya