KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon kesayangan ramai, Siti Nordiana telah berangkat ke Mekah bagi menyempurnakan ibadah umrah.
Perkara itu dimaklumkan penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan Nana itu menerusi Instagramnya, semalam.
Nana tidak pergi berseorangan, sebaliknya ditemani anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie.
“Bismillahirrahmannirrahim. Insya-Allah, Nana dan Rayyan akan berangkat mengerjakan umrah.
“Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya.
“Ampun maaf kalau ada salah dan silap dari kami,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mengundang reaksi netizen dan rakan artis yang menulis di ruangan komen.
Antaranya seperti pelawak, Shuib Sepahtu, Alif Satar, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi.
“Semoga Allah permudahkan segalanya.
“Yang baik-baik semoga semuanya mudah,” tulis Shuib.