Sistem penggiliran boleh tamat bila-bila masa - Radzi Jidin

Sistem penggiliran boleh tamat bila-bila masa – Radzi Jidin

kementerian pendidikan
RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sistem penggiliran bagi sekolah rendah lebih 600 orang dijangka boleh ditamatkan pada bila-bila masa berbanding menetapkan sasaran kadar vaksinasi, kata Radzi Jidin.

Menteri Kanan (Pendidikan) itu berkata, kementerian ingin memastikan supaya murid-murid dapat hadir ke sekolah secepat mungkin tanpa penggiliran dalam masa negara sedang berpindah ke fasa endemik.

Radzi Jidin berkata, kadar vaksinasi dalam kalangan murid sekolah rendah yang masih lagi perlahan itu agak membimbangkan sekiranya sasaran tertentu yang ditetapkan berlanjutan sehingga ke tempoh yang lama.

“Tetapi kita akan melihat persekitaran, keadaan dan berbincang dengan Kementerian Kesihatan, kerana vaksin sudah tersdia, jadi sekarang ini menunggu masa untuk anak-anak divaksinkan.

“Maka, kita tak boleh tunggu untuk sasaran tertentu kerana melihat kepada kadar vaksinasi yang perlahan. Jika ada ketetapan tetapi tak sampai juga, maka sampai tahun depan anak-anak masih bergilir, tak boleh buat begitu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sasaran peratusan Kementerian Pendidikan sebelum mengumumkan pembukaan sekolah secara menyeluruh tanpa sistem penggiliran.

Justeru, Dr. Radzi berkata, ibu bapa perlu membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak mereka sekiranya pembukaan sekolah dilaksanakan secara menyeluruh sepenuhnya.

Katanya, ini kerana dalam keadaan ke ara menuju endemik, hampir seluruh dunia telah membuka sekolah dengan lebih meluas.

“Kita maklumkan awal pada ibu bapa bahawa kita akan pantau kalau kita rasa keadaan sudah sesuai untuk (pembukaan penuh), semua akan hadir tanpa giliran sebab itu ibu bapa perlu membuat keputusan yang baik untuk anak-anak mereka.

“Jadi apabila sudah dibuka sekolah nanti, kita ingin melihat anak-anak ini dapat datang ke sekolah seperti biasa untuk meneruskan kehidupan persekolahan seperti mana yang pernah dilalui mereka sebelum ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya