Sham Visa nafi berhenti menyanyi

Sham Visa nafi berhenti menyanyi

Sham Visa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Sham atau lebih dikenali Sham Visa menolak dakwaan yang mengatakan dia sudah menarik diri daripada bidang nyanyian.

Katanya, dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya desas desus tersebut dan menegaskan aktiviti seninya masih berjalan seperti biasa.

“Saya tak pasti pasal desas desus itu. Selagi boleh dan orang masih suka melihat saya menyanyi, saya akan buat.

“Cuma semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti nyanyian saya sedikit perlahan. Tetapi, alhamdulillah . Keadaan sekarang bertambah baik. Harapnya ia akan berterusan,” katanya.

Sham berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas ditemui usai Konsert Minggu Ini anjuran RTM.

Pada masa yang sama, pemilik nama sebenar Rohisham Hashim, 51, berkata tawaran nyanyian dan lakonan masih diterima lebih-lebih setelah industri seni kembali aktif semula selepas PKP dilaksanakan.

“Bahkan, sekarang pun sudah semakin banyak tawaran yang datang. Kebetulan selepas ini saya akan bertolak ke Kenyir untuk membuat persembahan,” katanya.

“Saya juga masih terima tawaran berlakon. Insya-Allah. Ada beberapa yang sedang saya pertimbangkan,” katanya lagi.

Disoal tentang lagu baharu, Sham memberitahu dia masih menyimpan keinginan untuk mempunyai single untuk dihadiahkan kepada peminat.

“Semestinya saya teringin untuk ada lagu baharu. Secara teknikal, rakaman (lagu) adalah satu aktiviti yang saya sangat suka.

“Tambahan pula, kerja saya sekarang ini berhubung kait dengan gelombang bunyi. Jadi, saya teringin untuk rakam lagu” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya