Shahriffuddin juarai golf Kejuaraan PGM Maybank 2022

Shahriffuddin juarai golf Kejuaraan PGM Maybank 2022

SHAHRIFFUDDIN Ariffin bersama Piala dan replika cek RM21,000 selepas muncul juara Kejuaraan PGM Maybank 2022 di Saujana Golf & Country Club, Subang, semalam. - IHSAN PGM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas bermula agak perlahan pada hari pertama dan kedua, pemain golf profesional negara, Shahriffuddin Ariffin akhirnya muncul juara PGM Maybank 2022 semalam.

Kejohanan edisi kedua yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Subang dekat ini, Shahriffuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Dino, berjaya mengumpul sembilan birdie keseluruhan kejohanan selepas membenam enam birdie pada hari terakhir dengan mengumpul 66 pukulan.

Dengan kemenangan itu, Shahriffuddin membawa pulang wang tunai RM21,000.

SYAKIR Adli ketika beraksi pada hari terakhir Kejuaraan PGM Maybank di Saujana Golf & Country Club, Subang semalam. – IHSAN PGM

Bermula pada hari pertama dengan dua bawah 70 dan hari kedua satu bawah par 71, Dino bangkit memberi saingan dan tekanan kepada pendahulu hari kedua, Kemarol Baharin yang mencatat lima bawah par 67.

Bagaimanapun, Kemarol gagal mengekalkan momentum pada hari terakhir selepas mencatat dua atas par 74, sekali gus meletakkannya di tempat kelima de­ngan dua birdie ke­seluruhan.

Adik pemain nombor satu negara, Gavin Green iaitu Galven Green, sekadar mengungguli tempat ketiga dengan empat birdie keseluruhan, berada di belakang naib juara, Daeng Abdul Rahman yang mencatat enam birdie keseluruhan.

Berkongsi tempat ketiga bersama Galven ialah Nicholas Fung.

Sementara itu, pemain tajaan Nano Stix, Syakir Adli berkongsi kedudukan di tangga ketujuh bersama R. Nachimuthu dan G. Nateeshvar (A) selepas masing-masing mencatat satu di atas par.

Syakir bermula agak perlahan pada hari pertama kejohanan apabila mencatat tiga di atas par 75. Begitupun pada hari kedua dia kembali ke cemerlang dengan catatan tiga bawah par 69. – UTUSAN

KEPUTUSAN

Shahriffuddin Ariffin (70, 71, 66) -9
Daeng Abdul Rahman (71, 71, 68) -6
Galven Green (71, 72, 69) -4
Nicholas Fung (69, 71, 72) -4
Kemarol Baharin (73, 67, 74) -2
Wilson Choo (73, 70, 72) -1
Khor Kheng Hwai (74, 67, 74) -1
Kim Leun Kwang (70, 73, 73) Par
G. Nateeshvar (A) (73, 74, 70) +1
R. Nachimuthu (71, 73, 73) +1
Syakir Adli (75, 69, 73) +1

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN