PETALING JAYA: Pelakon, Shakilla Khoriri, mengakui dia banyak menerima tawaran melakonkan watak yang sangat dekat dengan dirinya sendiri.
Perkara tersebut diberitahu ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu menerusi entri Instagram miliknya.
“Kebelakangan ini, banyak juga terlibat dengan watak yang dekat sangat dengan diri sendiri.
“Mengenai keluarga. Anak. Hubungan. Seolah Allah beri nasihat dalam kerja.
“Allah bagi kekuatan dan juga penyelesaian dalam setiap dilema,” katanya.
Mengulas lanjut, dia berdoa dan berharap agar sentiasa diberikan kekuatan buat diri dan wanita di luar sana dalam menghadapi segala ujian yang datang dari Allah.
“Dilema Wanita akan datang di TV3. Segala dilema wanita atas muka bumi ni.
“Insya-Allah, ada banyak pelajaran, teguran serta ingatan untuk renungan kita (wanita) bersama.
“Semoga Allah berikan kekuatan sebesar lautanNya untuk kita hadapi segala aturan dan rancanganNya. Yang pasti aturan yang paling terbaik untuk kita semua. Insya-Allah,” coretnya.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, kebanyakan warganet meniupkan kata-kata semangat selain mendoakan kebaikan buat pelakon itu.
“Jaga diri Kila. Yang paling penting jaga hati Kila sendiri. Abai yang bukan buat hati kita bersih. Anak adalah .
“Saya tahu apa yang awak rasa. Kuatkan semangat. Saya doakan awak dan Ameena dipermudahkan semuanya,” komen seorang warganet.
“Terus kuat. Allah sayang, sebab itu Allah uji untuk kita lebih dekat dengan Dia. Awak wanita yang kuat. Terus jadi yang terbaik di kalangan yg baik. Kak Eyra doakan awak terus bahagia dunia dan akhirat. Jaga diri Killa,” komen seoran pengguna.