Seni 3D di Bazar Tengku Anis

Seni 3D di Bazar Tengku Anis

DR . Zulkifli Mohamed (dua kiri) dan Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf menunjukkan dokumen MoU antara UiTM dan MPKB-BRI di Dewan Bunga Raya MPKB-BRI, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mewujudkan Kota Bharu 3D Art & Heritage Centre (KB3D) di Bazar Tengku Anis, di sini.

KB3D merupakan pusat kesenian dan warisan berasaskan lukisan tiga dimensi (3D) yang dibuka kepada orang ramai sebagai nilai tambah untuk menarik kehadiran pelancong ke Bazar Tengku Anis.

Rektor UiTM Kelantan, Profesor Madya  Dr. Zulkifli Mohamed berkata, KB3D merupakan projek kerjasama pertama membabitkan pihaknya dengan MPKB-BRI.

“KB3D mengetengahkan lima konsep seperti galeri manisan, galeri kotak graviti, galeri interaksi seni inflasi, galeri Website-to-Art dan lukisan mural 3D dalam galeri ini.

“Projek ini satu bentuk pemindahan ilmu pengetahuan dan juga kemahiran melangkau sempadan iaitu seni kepada komuniti melalui projek, pembuatan karya kreatif, seni inflasi dan lukisan mural 3D” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) UiTM Kelantan dengan MPKB-BRI di Dewan Bunga Raya MPKB -BRI di sini hari ini.

MKPB-BRI diwakili Yang Dipertuanya, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, projek tersebut dapat memberi pendedahan kepada komuniti untuk melihat lebih dekat seni 3D.

Tambahnya, KB3D akan dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang dengan tiket RM10 bagi pengunjung kanak-kanak dan pelajar sekolah serta RM20 untuk dewasa.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya