Saya tidak pernah arah PDRM ambil tindakan di bawah SOSMA - Hamzah 

[Parlimen] Saya tidak pernah arah PDRM ambil tindakan di bawah SOSMA – Hamzah 

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan, beliau tidak pernah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). 

“Saya jadi menteri (Menteri Dalam Negeri) sudah dua tahun, saya tidak pernah arahkan polis ambil tindakan SOSMA,” katanya semasa menggulung usul bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mempertahankan pendiriannya mengenai usul bagi melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA selama lima tahun lagi bermula 31 Julai ini.

Ia selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) memberitahu Hamzah, bahawa beliau diberitahu pegawai PDRM yang mereka tiada pilihan selain mengambil tindakan di bawah SOSMA kerana terdapat ‘arahan’ daripada menteri untuk berbuat demikian. 

“Ada pegawai-pegawai PDRM yang telah memberitahu kami bahawa mereka tidak ada pilihan kerana ada arahan daripada menteri-menteri di atas. Jadi, jangan gunakan alasan bahawa kita (pembangkang) menyalahkan PDRM. 

“Kita tidak pernah mempersoalkan kewibawaan PDRM, cumanya, menteri-menteri yang mengambil tugas sebagai Menteri Dalam Negeri akan menggunakan kedudukan mereka untuk memaksa pihak PDRM menangkap.

“Kami tidak pernah menyalahkan PDRM, bukanlah pendirian kami yang PDRM menyalahgunakan kuasa (SOSMA) tetapi, kerajaan hari ini, menteri berkenaan memang akan menyalahgunakan kuasa ini,” katanya mencelah Hamzah. 

Bagaimanapun, jelas Hamzah, beliau atas kapasitinya sebagai menteri sepanjang menerajui Kementerian Dalam Negeri tidak pernah memberikan arahan seperti yang didakwa RSN Rayer. 

RSN Rayer pula berterima kasih atas maklum balas diberikan Hamzah, dan berkata: “Tapi Yang Berhormat Pagoh pernah menggunakannya.”

Parlimen Pagoh disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan bekas Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah negara di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum digantikan oleh ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, kata Hamzah pula: “Itu saya tidak tahu, mungkin (Pagoh) ada alasan-alasan yang tertentu.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya