PETALING JAYA: Polis mengesan saksi kejadian kemalangan melibatkan seorang lelaki di Jalan PJS2 berhampiran Apartmen Medan Jaya di sini pada 14 Mac lalu.
Ini susulan pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 11.31 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan melibatkan seorang lelaki berusia 39 tahun menunggang motosikal Honda Dash.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan dan terbabas sendiri ketika melalui lokasi kejadian kira-kira pukul 5.30 petang pada 14 Mac lalu.
“Penunggang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
“Siastaan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian dan sebab kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN