Penggunaan vape kurangkan toksik dalam badan perokok tegar

Saintis AS dapati penggunaan vape kurangkan toksik dalam badan perokok tegar

vape
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kajian saintifik yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) mendapati peralihan daripada kebergantungan terhadap rokok tembakau tradisional kepada vape membantu mengurangkan bahan kimia dan toksik dalam badan. 

 Kajian yang bertajuk Exposure to Toxicants Associated With Use and Transitions Between Cigarettes, e-Cigarettes, yang diterbitkan di laman web jamanetwork.com pada Februari 2022 membabitkan kajian ke atas  3,211 sukarelawan terdiri daripada pelbagai jantina dan etnik. 

Ia untuk menilai kesan peralihan produk tembakau kepada vape. 

Kajian itu ternyata telah membuktikan potensi peranti ini sebagai alternatif  bagi mengurangkan mudarat terhadap perokok. Iaitu dengan mereka bertukar daripada rokok tradisional kepada vape. 

Walaupun vape mampu menarik minat perokok sebagai alternatif kerana kandungan nikotinnya dan juga sensasi penggunaannya yang tidak jauh berbeza seperti rokok tembakau. Namun konsep ini mendapat tentangan yang hebat. Ia terutamanya daripada golongan kawalan tembakau dan komuniti kesihatan yang gagal melihat bukti-bukti saintifik yang menunjukkan fakta positif. 

Menurut analisis kajian itu, kadar bahan kimia toksik mencatatkan penurunan sebanyak 92 peratus berdasarkan sampel air kencing apabila perokok beralih kepada vape sepenuhnya. 

Dwipengguna

Bagaimanapun, tiada perubahan ketara jika perokok menjadi dwipengguna dengan mengguna rokok elektronik dan pada sama turut menghisap rokok. 

 “Kami menjalankan kajian ini di peringkat populasi dan mendapati pendedahan kepada bahaya dan potensi bahaya dalam bahan tertentu akan berkurangan apabila pengguna beralih daripada produk tembakau kepada produk yang kurang mudarat,” kata laporan tersebut. 

 Hasil kajian ini sesuai dijadikan rujukan kepada penggubal undang-undang berkaitan rokok di seluruh dunia dalam melaksanakan peraturan dan rang undang-undang berkaitan vape termasuk Malaysia. 

 Malah laporan tersebut juga menyebut, bukti perubahan kadar bahan kimia toksik yang mencatatkan penurunan melalui peralihan kepada vape sepenuhnya harus dihebahkan kepada agensi-agensi kesihatan. Ini supaya ia dapat mengurangkan kesan penggunaan tembakau dalam kalangan perokok. 

Namun, mereka tidak menyangkal bahawa vape masih baharu di pasaran dan kajian menyeluruh berkaitannya masih perlu untuk mendapatkan data kesan jangka panjang kepada kesihatan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya