Resort di Pulau Redang kembali operasi

Resort di Pulau Redang kembali operasi

ANTARA pelancong yang tidak melepaskan peluang bercuti di resort Pulau Redang, Terengganu sejak semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak tujuh resort di Pulau Redang di sini, kembali beroperasi selepas ditutup pada musim tengkujuh dan sedia menerima kedatangan pelancong. 

Pengurus Redang Pelangi Resort, Foo Ee Lin berkata, tempahan bilik kini mencecah 60 peratus sejak mula beroperasi, semalam. 

“Lebih 20 pelancong termasuk dari Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan serta Terengganu mendaftar masuk pada hari pertama resort dibuka dan jumlah itu dijangka terus meningkat terutama pada musim cuti sekolah ini. 

“Rata-rata pelanggan teruja bercuti dan dengan pengoperasian bangunan baharu kita, sekali gus mampu memberi lebih kepuasan kepada pelancong,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. 

Ee Lin berkata, walaupun cuaca buruk melanda pulau-pulau peranginan baru-baru ini, tetapi keadaan sudah kembali pulih. 

Selain Redang Pelangi Resort, turut memulakan operasi semalam ialah Lagoon Resort. 

Empat lagi resort iaitu Redang Beach, Laguna, Reef dan Sari Pacifica beroperasi esok.. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya