JOHOR BAHRU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang sebelum ini disandang Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh ke tangan calon Barisan Nasional (BN).
Menurut keputusan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerusi itu dirampas BN melalui calonnya, Sahrihan Jani dengan majoriti 3,146.
Beliau menewaskan calon PN, Mohd. Solihan Badri, Nain Jusri (PKR) dan Suraya Sulaiman (Pejuang).