[RASMI] Anak Allahyarham Osman Sapian tewas kerusi Kempas - Utusan Malaysia

[RASMI] Anak Allahyarham Osman Sapian tewas kerusi Kempas

NORNEKMAN OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Nornekman Osman yang juga anak kepada bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Osman Sapian bukan sahaja tewas malah hilang deposit merebut kerusi tersebut.

Nornekman yang mewakili Pejuang hanya memperoleh 1,358 undi.

Turut hilang deposit, tiga calon Bebas, Tok Hambali, Azwan Abd Rahman dan Mohd Suhimi A. Rahman.

Kerusi tersebut dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Ramlee Bohani yang memperoleh 11,919 undi menewaskan calon PKR, Napsiah Khamis dan Nur Faizal Abdullah (Perikatan Nasional).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya