Raja Muda Perlis dilantik semula Canselor Unimap 

Raja Muda Perlis dilantik semula Canselor Unimap 

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) menerima watikah pelantikan semula sebagai Canselor UnimaP untuk tempoh tujuh tahun lagi di Bilik Canselor, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, Arau, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilantik semula sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) untuk tempoh tujuh tahun lagi.

Perisytiharan tersebut diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 20 Disember lalu untuk tempoh berkuat kuasa mulai 13 Disember 2021 hingga 12 Disember 2028.

Watikah tersebut dipersembah kepada Tuanku Syed Faizuddin oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Raja Datuk Azwane Raja Ariff dan Naib Canselor, Prof Dr. Zaliman Sauli bagi mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di Bilik Canselor, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, di sini, hari ini.

Sebagai rekod, Tuanku Syed Faizuddin dilantik oleh Yang Dipertuan Agong XII, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai Canselor Pertama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) pada 1 September 2003 dan seterusnya dijenamakan semula sebagai Unimap sehingga pelantikan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN